Followers

Wednesday 27 July 2011

Kisah Ramadhan




Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Jika bulan Ramadhan tiba, pintu-pintu syurga dibuka, sedangkan pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu ( Riwayat Bukhari dan Muslim)


Mungkin berkat syaitan yang dirantai, maka ramai manusia berwajah iman. Topeng syaitan ditanggalkan seketika. Apabila mereka berwajahkan iman sepanjang ramadhan, maka apa yang terjadi adalah IBADAH MENGEJUT.

Tiba-tiba ibadah digandakan
Tiba-tiba bangun qiamulail.
Tiba-tiba tahap kesabaran meningkat
Tiba-tiba segala yang lagha ditinggalkan
Dan macam-macam lagi

OKEY, tidak mengapa seandainya ibadah sepanjang ramadhan dilakukan dengan mengejut. Tidak mengapa jika malaikat Raqib sibuk sedikit dan Atid pula tidak disibukkan untuk merekodkan amalan buruk seseorang. Alhamdulillah, jika itu yang berlaku sepanjang ramadhan

Namun jangan ulangi kejutan berupa TIBA-TIBA itu seawal hari pertama GRADUATE daripada madrasah ramadhan.

Tiba-tiba makan banyak
Tiba-tiba mendedahkan aurat
Tiba-tiba terlupa di mana Al Quran
Tiba-tiba meninggalkan amalan solat sunat yang sepanjang ramadhan dikerjakan seolah-olah wajib.
Tiba-tiba memulakan kembali agenda lagha

APAKAH SEMUA INI?

ADAKAH INI SUATU PERBUATAN MEMBALAS DENDAM? Balas dendam kepada siapa pula ini?

Tidak mengapa jika tiba-tiba mengerjakan ibadah seolah-olah esok sudah tiada. Namun adalah suatu yang tidak patut jika tiba-tiba 'bertanduk' sebaik syawal bergema.

Koreksilah niat

Apa niat utama berpuasa sebulan?

Adakah sekadar ingin berpuasa dan fokus ibadah dalam tempoh sebulan sahaja? Apakah ibadah sepanjang ramadhan dapat menebus kealpaan sebelas bulan berbaki?

JOM istiqamah!. Pasak niat untuk taqarrub diri kepada Allah hingga akhir hayat dalam iman. Insya Allah. :)

                                                                                                                                             -solusi-



SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA
DARIPADA : PIMPINAN MTEN 2011/2012

Thursday 21 July 2011

Lawatan ke Pusat Pelupusan AL QUR'AN





Para peserta lawatan mendengar taklimat mengenai pelupusan Al Quran









Proses Pelupusan Al Quran



Para peserta mengasingkan Al Quran yang ingin dilupuskan

Mendengar taklimat mengenai proses pelupusan


Peserta mencuba sendiri mesin yang digunakan untuk proses pelupusan



Pelupusan ayat Al-Quran perlu ikut tertib



Pengerusinya, Rahmat Mahdan, berkata orang ramai dialu-alukan menghantar apa juga barangan mempunyai kalimah Allah, ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah yang hendak dilupuskan kepada Pusat Pengumpulan Percetakan Saufi.

Katanya, bahan terkumpul akan dilupus menggunakan mesin pembakar khas (insinerator) yang kini dibangunkan dan dijangka sampai ke Pusat Pengumpulan dan Pelupusan Ayat Al-Quran Percetakan Saufi di Batu 10 Cheras, Kajang, akhir bulan ini.

“Saya sedih melihat akhbar lama yang mengandungi ayat Al-Quran dibiarkan bersepah di pusat pengumpulan barang kitar semula. Ini mungkin disebabkan orang ramai tidak tahu bagaimana hendak melupuskan ayat Al-Quran.

“Ia mendorong saya memulakan usaha ini kerana mahu menjaga kesucian ayat Al-Quran. Saya tidak mahu wahyu Allah dibiarkan begitu saja hanya kerana pemilik tidak tahu apa hendak dilakukan dengan Al-Quran buruk di rumah mereka, hanya terselit di celah dinding,” katanya. 
Beliau yang ditemui di Pusat Pengumpulan dan Pelupusan Ayat Al-Quran Percetakan Saufi berkata, kerja kebajikan itu dimulakan akhir 2008 dengan bantuan keluarga. 

Melalui kesungguhan itu, katanya ayat al-Quran dalam pelbagai rupa dan bentuk dikumpul sebelum dibakar dan dikebumikan di tanah miliknya. Sambutan orang ramai menghantar pelbagai barangan bercetak ayat al-Quran memaksa beliau menggiatkan kerja kebajikan itu.

Ini termasuk membangunkan mesin pembakar khas untuk tujuan melupuskan barangan bercetak ayat Al-Quran mengikut prosedur dan syariat Islam iaitu secara pembakaran selaras keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-30 yang bersidang pada 22 Ogos 1992. Abu daripada barangan dibakar itu kemudian ditanam atau dihanyutkan ke laut.

Rahmat berkata, Percetakan Saufi adalah syarikat percetakan yang telah diberi lesen oleh Bahagian Kawalan Penerbitan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membekal, mengganti dan mengambil Al-Quran lama bukan Mushaf Uthmani bagi tujuan pelupusan.

Syarikatnya juga mendapat kebenaran Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran untuk membekal dan memulihara ayat suci di sekolah kebangsaan dan sekolah agama di seluruh negara. 

Selain itu katanya, Percetakan Saufi mengumpul dan melupuskan Al-Quran lama yang disalah cetak dan tidak mendapat kelulusan Lajnah Tashih Al-Quran KDN. 
Katanya, kebanyakan Al-Quran yang dicetak sebelum 1990 mengandungi perkataan yang salah dan jika dibaca oleh mereka yang kurang arif akan membawa maksud salah serta mendatangkan dosa.

“Sebagai insentif kepada orang ramai, Percetakan Saufi akan menggantikan Al-Quran baru untuk ditukarkan dengan al-Quran lama ini. Berikan kami dua Al-Quran lama dan kami ganti dengan satu Al-Quran Mushaf Resam Uthmani,” katanya.

Rahmat berkata, bagi menggalakkan umat Islam bersedekah melalui amalan wakaf, Percetakan Saufi menganjurkan program Skim Al-Quran Wakaf Malaysia bermula awal tahun lalu untuk diedarkan kepada pihak memerlukan.

Melalui skim wakaf itu, individu atau syarikat boleh menyumbangkan RM30 untuk naskah Al-Quran Mushaf Uthmani yang kemudian diedarkan ke masjid, surau, rumah anak yatim, rumah kebajikan, sekolah dan maahad tahfiz.

Sempena sambutan Maulidur Rasul pada 26 Februari lalu, Percetakan Saufi menyumbangkan 5,000 naskah Al-Quran kepada Kerajaan Melaka untuk diedarkan di masjid, surau dan sekolah agama di seluruh negeri itu. Mereka yang ingin menyertai Skim Al-Quran Wakaf Malaysia boleh menghubungi Percetakan Saufi: 03-26933049/03-26915184. 

Berita Harian

Monday 11 July 2011

(1) Minggu Introduksi Usrah

Semua peserta berkumpul pada pukul 6.30 petang


Peserta khusyuk mendengar Kuliah Dasar 1 oleh Ustaz Khairul  Anwar





Penceramah Jemputan : Ustaz Khairul Anwar daripada IPIK




Timbalan MTEN menyampaikan cenderamata kepada penceramah jemputan

Tuesday 5 July 2011

Kursus Induksi Nuqaba' ( ITC Gen 7)

Minggu Introduksi Usrah MTEN 2011 ( Sem 1 PISMP)




PENGENALAN
MINGGU INTRODUKSI USRAH
MAJLIS TARBIYAH NUQABA’ 2010/2011

Bermulanya sesuatu perkara pasti ada perkenalannya. Seperti kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Oleh itu,bagi setiap perkara pasti ada permulaannya untuk memperkenalkan supaya dicintai. Minggu Introduksi Usrah ini dirancang atas kesedaran pihak Majlis Tarbiyah Nuqaba’ ( MTEN) terhadap peranan dan kepentingan institusi usrah yang menjadi sebahagian daripada budaya di bumi IPG KPI ini. Selain itu, program ini juga bertujuan memberi pendedahan dan pengenalan kepada adinda-adinda pelajar baru yang sebahagian besar daripada mereka tidak pernah mengikuti program usrah ketika di zaman persekolahan.
Maka dengan kesedaran inilah kami mengambil penglibatan secara sukarela untuk melaksanakan program Minggu Introduksi Usrah yang berlangsung selama lima hari bermula jam 5.30 petang sehingga 10.30 malam setiap hari. Dengan mengadakan program ini juga diharap dapat memperkenalkan kepada para pelatih baru ini tentang rukun-rukun usrah sejurus membina ukhuwwah yang mantap di antara sesama ahli batch serta antara naqib dan anak-anak usrah. Hal ini juga kerana mereka jarang dapat berjumpa antara satu sama lain lantaran kesibukan. Dengan ini adalah diharapkan melalui Minggu Introduksi Usrah yang akan dijalankan ini para guru pelatih baru dapat mengenal dengan lebih jelas lagi tentang konsep usrah dan adab-adab pelaksaannya. Oleh itu, institusi usrah akan terus berdiri teguh di institut ini dalam usaha untuk melahirkan para guru berjiwa murabbi agar dapat menjadi da’ie yang menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Insya Allah.