Followers

Monday 9 July 2012

DOA RABITAH (UNIC)


Minggu Introduksi Usrah MTEN


Ya Allah Engkau Mengetahui Hati Hati Ini
Telah Berkumpul Kerana Kasihkan Mu
Bertemu  Dan Patuh Pada Mu
Bersatu Memikul Dakwahmu

Hati Hati Ini Telah Berjanji Setia
Mendaulah Dan Menyokong  Syariatmu
Maka Eratkanlah Akan Ikatannya
Kekalkan  Kemesraan Hati Ini

Tunjukkan ia  Jalan Yang Sebenar
Limpahkan Dengan  Cahaya  Rabbani Mu
Yang Tak Pernah Padam
Dan Lapangkan Dengan Iman 

Tuesday 3 July 2012

Pimpinan Baru MTEN 2012/2013



Jawatankuasa Induk

PENAUNG I
Tuan Haji Osman bin Hussain
(Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam)

PENAUNG II
Dr. Hj. Mohamad Hussin bin Mohamad Yusof
(Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar)

PENSYARAH PENASIHAT
Ustaz Mohd Fauzi bin Yahya
(Jabatan Bahasa Arab)

Ustazah Aisyah binti Juri
(Jabatan al-Quran dan as-Sunnah)

Jawatankuasa Kerja
PRESIDEN
Muhammad Izzul Islam bin Hasni

TIMBALAN PRESIDEN I
Muhammad Hafizuddin bin Ramlee

TIMBALAN PRESIDEN II
Nurul Bazzliena binti Salleh

SETIAUSAHA AGUNG
Muhammad Syamsul Anuar bin Othman

TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG
Nur A’isyah Humaira binti Ismail


BENDAHARI KEHORMAT
Mohd Yusuf bin Mohd Jafar

TIMBALAN BENDAHARI KEHORMAT
Nurul Shiqah binti Zanal Bidin

LUJNAH TARBIYAH DAN KEPIMPINAN
Abdul Rahman bin Abdul Aziz
Mohd Azrie bin Abdul Rahim
Afifa Rawida binti Ideris

LUJNAH USRAH DAN DISIPLIN
Mohd Izzudeen bin Othman
Mohd Syahmi bin Zamri
Siti Maisarah binti Md Yusof

LUJNAH DAKWAH DAN SIASAH
Muhammad A’rif bin Bahari
Nor Hafiza binti Mohammad

LUJNAH KEBAJIKAN, UKHWAH DAN PERHUBUNGAN
Amrullah bin Abdul Rauf
 Nur Atikah binti Awang

LUJNAH INFORMASI DAN PENERBITAN
Mohamad Arifuddin bin Deraman
Siti Nurhidayah binti Zaidy

LUJNAH PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
Muhammad Mursyid bin M Noor
Wahida Amalin binti Yusoff


KEPIMPINAN ITU ADALAH SUATU AMANAH
Satu contoh terbaik ialah dengan melihat sifat kepimpinan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad, Terdapat sebuah kisah yang diceritakan oleh Anas bin Malik. beliau berkata,

“Ada beberapa orang memanggil Nabi Muhammad sambil berkata,“Wahai Rasulullah, wahai orang yang terbaik dan anak orang yang terbaik di antara kami, wahai junjungan kami dan anak dari junjungan kami.”Mendengar puji-pujian tersebut, lantas Nabi Muhammad menyanggah dan menjawab, “Wahai sekalian manusia, katakanlah sewajarnya saja! Jangan sampai kamu digelincirkan syaitan. Aku adalah Muhammad hamba Allah dan rasul-Nya. Aku tidak sudi kamu angkat di atas kedudukan 
yang dianugerahkan Allah Subhannahu wa Ta’ala kepadaku.” (Hadis Riwayat. An-Nasai)

Kalau kita renung lebih mendalam, keberatan para Sahabat dahulu untuk menjadi pemimpin, disebabkan kerana mereka mengetahui akibat dan risiko menjadi pemimpin. Mereka mendengar hadits-hadits Nabi saw tentang tanggungjawab pemimpin di dunia dan di akhirat.


"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan diminta pertanggungjawabannya. Imam (kepala negara) adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawabannya atas kepimpinannya...".



Dalam hadits yang lain Nabi Muhammad saw meramalkan suasana hiruk pikuk di akhir zaman berkenaan soal kekuasaan dan menjelaskan hakikat dari kekuasaan itu. Baginda bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra



Kamu akan berebut untuk mendapatkan kekuasaan. Padahal kekuasaan itu adalah penyesalan di hari Kiamat, nikmat di awal dan pahit di hujung”.HR Imam Bukhari