Followers

Wednesday 14 March 2012

XPDC Ke Gua Batu Maloi

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Tarbiyah jasadiyah di Gua Batu Maloi merupakan kenangan yang sangat bermakna buat para nuqaba' yang menyertai misi menawan Gua Maloi yang mempunyai kisah mitos tersendiri. Bukan kerana mitos yang dipuja, tetapi kedatangan kami mencabar kekuatan fizikal dan mental, juga menghayati keindahan ciptaan alam semulajadi.

Pada 3 Mac yang lepas, seramai 69 peserta berjaya menamatkan ekspedisi dengan jayanya sehingga menjelajah stage 12 di gua tersebut. Jutaan syukur dipanjatkan kepada Illahi. Pastinya setiap stage menyimpan kenangan tersendiri antaranya menyusur di celah-celah batu yang sempit, melawan arus air terjun, melewati kawasan gua kelawar dan lain-lain lagi. 

Semoga ekspedisi ini memberikan sejuta manfaat kepada semua nuqaba' dalam usaha menyebarkan lagi agama Allah di muka bumi

Insya Allah..