13-17 FEBRUARI '12 DI IPG KPI
Pengenalan :
Rasulullah S.A.W merupakan nabi dan rasul yang terakhir
diutuskan oleh Allah S.W.T ke muka bumi bagi menjalankan visi dan misi yang
amat penting iaitu menyelamatkan manusia dari terjerumus ke lembah kedurjanaan
dan menyeru manusia untuk masuk ke alam kenikmatan yang kekal buat
selama-lamanya. Baginda memiliki akhlak dan tingkah laku yang amat terpuji
sehingga dipuji dan diminati oleh mereka-mereka yang mengikuti baginda dan bagi
mereka-mereka yang memusuhi baginda. Atas pengorbanan dan jasa baginda yang
tidak terhingga ini sebagai umat Islam perlu mengikuti jejak langkah baginda
dan mengingati kelahiran dan sirah survival kehidupan baginda yang budiman.
Bertitik tolak daripada perkara yang penting ini Biro Dakwah, Kerohanian dan
Kepimpinan JPP 2012/2013 berhasrat mengadakan program seperti mana di atas.
Objektif program ini adalah :
- Memupuk kecintaan kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagai cinta yang utama
dan teragung
- Membudayakan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W dalam
kalangan pelatih guru setiap masa
- Menghidupkan suasana kerinduan dengan mengamalkan sunnah Rasulillah
S.A.W dalam kalangan pelatih guru.
- Membantu pelatih guru meningkatkan motivasi dan keyakinan diri untuk
mencapai kejayaan dalam bidang akadamik mahupun sosial dengan mengambil roh
semangat perjuangan nabi.
Program ini diadakan sebagai simbolik sambutan ulangtahun kelahiran
Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W pada tahun ini. Kerinduan dan kecintaan
kepada Rasulullah S.A.W seharusnya menjadi suatu pelengkap dalam hidup umat
Islam khusunya bakal guru yang menyambung tugas Baginda menyampaikan dan
mentarbiah umat Islam. Budaya selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Nabi
Muhammad S.A.W sepatutunya bergema di institusi berorientasikan Islam seperti
di IPG Kampus Pendidikan Islam ini pada setiap masa. Menjadi murabbi seperti
Rasulullah S.A.W seharusnya menjadi bekalan buat sang murabbi yang akan
mendidik masyarakat serta bertindak mengeluarkan mereka daripada kebatilan
kepada kebenaran yang hak.
JOM SAMA-SAMA BERIKAN SOKONGAN ANDA ^_^