Followers

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Sunday, 7 July 2013

PERSIAPAN MENGHADAPI BULAN RAMADHAN









Bln ramadhan bln keemasan utk membaiki hubungan kita dgn Allah & sesama manusia. Oleh itu,persiapkanlah diri dengan 3 bekalan bg bln mulia ini : 





1. BEKAL RUH

Bergembiralah dgn kdtgn Ramadhan.
Sabda nabi S.A.W : barangsiapa yg bergembira dgn datangnya ramadhan,Allah akn haramkan jasadnya ats neraka (HR an-nasa'i)



2. BEKAL FIZIKAL

Bersedia utk menempuh hari2 berpuasa.Yang sakit harus segera berubat..Memantapkan stamina diri agar dpt mengharungi bln ramadhan dgn tenang & bertenaga.


3. BEKAL HARTA

Menyiapkan bahagian-bahagian utk bersedekah,berzakat & memberi mkn org berbuka.Jangan boros dgn membeli barang2 yg tidak perlu & bermewah-mewahan dgn baju ataupun kuih raya.
** kita harus menyambar peluang keemasan ini agar kita tdk sekadar tahu mengenai ayt2 quran & hadis berkaitan Ramadhan tetapi apa yg lbh penting ialah kita dpt 'HIDUP' bersama Ramadhan itu sendiri.

DOA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN : 
" Ya Allah,selamatkanlah aku utk menghadapi Ramadhan,selamatkanlah Ramadhan itu untkku & selamatkanlah Ramadhan itu drpd perbuatan maksiatku sehingga ibadahku diterima"



"MEREALISASI MURABBI RABBANI"

Tuesday, 16 August 2011

Liqa' Nuqaba' : IKTIBAR RAMADHAN BUAT NUQABA'

 Kuliah Iktibar Ramadhan oleh Ustaz Norhusairi, penulis Quranic Group

Bekalan Buat Nuqaba'
1. Setkan matlamat puasa
2. Rebut peluang semasa bulan Ramadhan
3. Bersegera memulakan kebaikan
4. Ikut Sunnah Nabi
5. Jadilah Nuqaba' yang berilmu
6. Jangan akhiri Ramadhan dengan kemusnahan





Monday, 8 August 2011

TENTATIF MINGGU PENGHAYATAN NUZUL AL-QURAN 2011










HARI
MASA
PROGRAM
ISNIN
15/7/2011
7.45a.m – 9.00.am
Perhimpunan/Ucapan KJ JPQS
9.00a.m-10.00a.m
Tazkirah & Tadarus Pensyarah (Muslimat)
9.45a.m – 10.15p.m
Tadarus al-Quran (PPISMP Sem 1 & 3)
10.45a.m – 11.15a.m
Solat Dhuha (PISMP 2,4 & 8)
1.30p.m – 2.00p.m
Solat & Tazkirah Zohor
2.00p.m-2.30p.m
Talaqqi al-Quran Pensyarah (Muslimat)
SELASA
16/7/2011
7.30a.m – 7.45a.m
Radio Maktab (Bacaan al-Quran)
9.00a.m-10.00a.m
Tazkirah & Tadarus Pensyarah (Muslimat)
9.45a.m – 10.15p.m
Usrah Khas (PPISMP Sem 1 & 3)
10.45a.m – 11.15a.m
Solat Dhuha (PISMP 2,4 & 8)
1.30p.m – 2.00p.m
Solat & Tazkirah Zohor
2.00p.m-2.30p.m
Talaqqi al-Quran Pensyarah (Muslimat)
8.00p.m – 8.30p.m
Ceramah Nuzul al-Quran
RABU
17/8/2011
4.30a.m-5.15a.m
Qiamullail Perdana
5.15a.m-5.45a.m
Sahur Jamaie
6.15a.m-7.00a.m
Kuliah Subuh
KHAMIS
18/7/2011
7.30a.m – 7.45a.m
Radio Maktab (Bacaan al-Quran)
9.00a.m-10.00a.m
Tazkirah & Tadarus Pensyarah (Muslimat)
9.45a.m – 10.15p.m
Sola Dhuha (PPISMP Sem 1 & 3)
10.45a.m – 11.15a.m
Solat Dhuha (PISMP 2,4 & 8)
1.30p.m – 2.00p.m
Solat & Tazkirah Zohor
2.00p.m-2.30p.m
Talaqqi al-Quran Pensyarah (Muslimat)
JUMAAT
19/7/2011
7.30a.m-8.30a.m
Perasmian Penutup




























 ANJURAN :




 JABATAN PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

KERJASAMA:
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP)
MAJLIS TARBIYAH NUQABA (MTEN)




Wednesday, 27 July 2011

Kisah Ramadhan




Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Jika bulan Ramadhan tiba, pintu-pintu syurga dibuka, sedangkan pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu ( Riwayat Bukhari dan Muslim)


Mungkin berkat syaitan yang dirantai, maka ramai manusia berwajah iman. Topeng syaitan ditanggalkan seketika. Apabila mereka berwajahkan iman sepanjang ramadhan, maka apa yang terjadi adalah IBADAH MENGEJUT.

Tiba-tiba ibadah digandakan
Tiba-tiba bangun qiamulail.
Tiba-tiba tahap kesabaran meningkat
Tiba-tiba segala yang lagha ditinggalkan
Dan macam-macam lagi

OKEY, tidak mengapa seandainya ibadah sepanjang ramadhan dilakukan dengan mengejut. Tidak mengapa jika malaikat Raqib sibuk sedikit dan Atid pula tidak disibukkan untuk merekodkan amalan buruk seseorang. Alhamdulillah, jika itu yang berlaku sepanjang ramadhan

Namun jangan ulangi kejutan berupa TIBA-TIBA itu seawal hari pertama GRADUATE daripada madrasah ramadhan.

Tiba-tiba makan banyak
Tiba-tiba mendedahkan aurat
Tiba-tiba terlupa di mana Al Quran
Tiba-tiba meninggalkan amalan solat sunat yang sepanjang ramadhan dikerjakan seolah-olah wajib.
Tiba-tiba memulakan kembali agenda lagha

APAKAH SEMUA INI?

ADAKAH INI SUATU PERBUATAN MEMBALAS DENDAM? Balas dendam kepada siapa pula ini?

Tidak mengapa jika tiba-tiba mengerjakan ibadah seolah-olah esok sudah tiada. Namun adalah suatu yang tidak patut jika tiba-tiba 'bertanduk' sebaik syawal bergema.

Koreksilah niat

Apa niat utama berpuasa sebulan?

Adakah sekadar ingin berpuasa dan fokus ibadah dalam tempoh sebulan sahaja? Apakah ibadah sepanjang ramadhan dapat menebus kealpaan sebelas bulan berbaki?

JOM istiqamah!. Pasak niat untuk taqarrub diri kepada Allah hingga akhir hayat dalam iman. Insya Allah. :)

                                                                                                                                             -solusi-



SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA
DARIPADA : PIMPINAN MTEN 2011/2012