Followers

Thursday 25 August 2011

Selamat Bercuti & Salam AIDILFITRI



MAJLIS TARBIYAH NUQABA’ MTEN 2011/2012 ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN. Semoga RAMADHAN yang telah berlalu menatijahkan TAQWA yang diburu.

Kami dengan rendah hati ingin memohon jutaan kemaafan atas segala silap dan salah.

Ikhlas : Pimpinan MTEN 2011/2012

Jom sambut raya dengan ilmu! Baca link-link di bawah ^_^


Hari Raya : Yang Perlu dan Yang Jangan dilakukan


Mercun, Ucapan Maaf dan Duit Raya


Puasa Sunat Syawal, Ganti dan Ziarah







Tuesday 16 August 2011

Liqa' Nuqaba' : IKTIBAR RAMADHAN BUAT NUQABA'

 Kuliah Iktibar Ramadhan oleh Ustaz Norhusairi, penulis Quranic Group

Bekalan Buat Nuqaba'
1. Setkan matlamat puasa
2. Rebut peluang semasa bulan Ramadhan
3. Bersegera memulakan kebaikan
4. Ikut Sunnah Nabi
5. Jadilah Nuqaba' yang berilmu
6. Jangan akhiri Ramadhan dengan kemusnahan





Monday 8 August 2011

TENTATIF MINGGU PENGHAYATAN NUZUL AL-QURAN 2011










HARI
MASA
PROGRAM
ISNIN
15/7/2011
7.45a.m – 9.00.am
Perhimpunan/Ucapan KJ JPQS
9.00a.m-10.00a.m
Tazkirah & Tadarus Pensyarah (Muslimat)
9.45a.m – 10.15p.m
Tadarus al-Quran (PPISMP Sem 1 & 3)
10.45a.m – 11.15a.m
Solat Dhuha (PISMP 2,4 & 8)
1.30p.m – 2.00p.m
Solat & Tazkirah Zohor
2.00p.m-2.30p.m
Talaqqi al-Quran Pensyarah (Muslimat)
SELASA
16/7/2011
7.30a.m – 7.45a.m
Radio Maktab (Bacaan al-Quran)
9.00a.m-10.00a.m
Tazkirah & Tadarus Pensyarah (Muslimat)
9.45a.m – 10.15p.m
Usrah Khas (PPISMP Sem 1 & 3)
10.45a.m – 11.15a.m
Solat Dhuha (PISMP 2,4 & 8)
1.30p.m – 2.00p.m
Solat & Tazkirah Zohor
2.00p.m-2.30p.m
Talaqqi al-Quran Pensyarah (Muslimat)
8.00p.m – 8.30p.m
Ceramah Nuzul al-Quran
RABU
17/8/2011
4.30a.m-5.15a.m
Qiamullail Perdana
5.15a.m-5.45a.m
Sahur Jamaie
6.15a.m-7.00a.m
Kuliah Subuh
KHAMIS
18/7/2011
7.30a.m – 7.45a.m
Radio Maktab (Bacaan al-Quran)
9.00a.m-10.00a.m
Tazkirah & Tadarus Pensyarah (Muslimat)
9.45a.m – 10.15p.m
Sola Dhuha (PPISMP Sem 1 & 3)
10.45a.m – 11.15a.m
Solat Dhuha (PISMP 2,4 & 8)
1.30p.m – 2.00p.m
Solat & Tazkirah Zohor
2.00p.m-2.30p.m
Talaqqi al-Quran Pensyarah (Muslimat)
JUMAAT
19/7/2011
7.30a.m-8.30a.m
Perasmian Penutup




























 ANJURAN :




 JABATAN PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

KERJASAMA:
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP)
MAJLIS TARBIYAH NUQABA (MTEN)




Pimpinan MTEN 2011/2012


Monday 1 August 2011

Perutusan Ramadhan

PERUTUSAN PRESIDEN MAJLIS TARBIYAH NUQABA’
SEMPENA RAMADHAN 1432H

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله واله وأصحابه

Assalamualaikum w.b.t
AlhamduliLlah, akhirnya kita telah diizinkan ALlah untuk berada dalam bulan Ramadhan 1432H pada kali ini. Ada diantara kita yang sempat melalui Ramadhan pada tahun lepas tetapi tidak sempat melaluinya pada tahun ini. Syukur kerana kita masih diberikan kesempatan dan peluang keemasan ini untuk menambahkan amal ibadat kita dan meningkatkan ketaqwaan kita bersama.
MTEN menyeru semua naqib/naqibat khususnya dan semua warga IPG Kampus Pendidikan Islam untuk sama-sama mempertingkatkan kualiti dan kuantiti ibadah kita di dalam bulan yang penuh barakah dan maghfirah ini. ALlah telah menjanjikan ganjaran yang besar bagi orang yang berpuasa dengan erti kata yang sebenarnya.
Marilah kita sama-sama berusaha untuk mencapai matlamat akhir kita iaitu TAQWA kepada ALlah.

Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Sebagai pemuda-pemudi yang akan bertebaran menyebarkan ilmu, kita mestilah mempersiapkan diri terlebih dahulu kerana masyarakat amat ‘mendahagakan’ guru-guru yang mampu memberi kesan positif kepada msyarakat. Salam Ramadhan.    

Salam ukhuwah dan mahabbah dari kami seluruh pimpinan Majlis Tarbiyah Nuqaba’ 2011/2012. Sekian.


MUHAMMAD IZZUL ISLAM BIN HASNI