Followers

Thursday 9 August 2012

Dakwah Lapangan MTEN


Dakwah Lapangan MTEN 
(30 julai 2012, Isnin)

          Alhamdulillah, pada 30 Julai 2012, isnin, Lujnah Dakwah dan Siasah, Majlis Tarbiyah Nuqaba’ (MTEN) telah menjalankan satu aktiviti dakwah lapangan. Aktiviti tersebut dijalankan di kawasan pintu pagar menuju ke bazar iaitu berhampiran dengan pondok  keselamatan. Pada hari tersebut,   rissalah mengenai  "Isu Ikhtilat: Caknakah kita?" telah diedarkan kepada para pelajar IPG Kampus Pendidikan Islam. Air dan kurma percuma juga turut diberikan kepada pelatih guru ipg KPI bermula jam 6.30 petang .

Aktiviti tersebut diadakan sebagai salah satu wasilah untuk menyebarkan dakwah kepada seluruh warga kampus disamping mewujudkan hubungan yang baik dan mesra antara pihak MTEN dengan warga IPG KPI. Selain itu, melalui risalah yang diedarkan diharap para pelatih guru jelas mengenai ikhtilat serta akibatnya dan berusaha untuk menghindarinya.  Pada masa yang sama , aktiviti ini juga sebagai satu medan latihan kepada ahli MTEN  untuk melibatkan diri dengan masyarakat dalam menjalankan usaha dakwah sebelum terlibat secara langsung dengan masyarakat pada masa hadapan. Semoga usaha ini memberi natijah yang baik kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. 



AIR & KURMA

SEBAHAGIAN PELAJAR MUSLIMIN

RISALAH "ISU IKHTILAT: CAKNAKAH KITA? "

PELAJAR MUSLIMAT



  



Sekitar Dakwah Lapangan MTEN (30 julai 2012, Isnin)