Followers

Sunday 12 February 2012

MINGGU LANTUNAN MAHABBAH '12



13-17 FEBRUARI '12 DI IPG KPI


Pengenalan :

Rasulullah S.A.W merupakan nabi dan rasul yang terakhir diutuskan oleh Allah S.W.T ke muka bumi bagi menjalankan visi dan misi yang amat penting iaitu menyelamatkan manusia dari terjerumus ke lembah kedurjanaan dan menyeru manusia untuk masuk ke alam kenikmatan yang kekal buat selama-lamanya. Baginda memiliki akhlak dan tingkah laku yang amat terpuji sehingga dipuji dan diminati oleh mereka-mereka yang mengikuti baginda dan bagi mereka-mereka yang memusuhi baginda. Atas pengorbanan dan jasa baginda yang tidak terhingga ini sebagai umat Islam perlu mengikuti jejak langkah baginda dan mengingati kelahiran dan sirah survival kehidupan baginda yang budiman. Bertitik tolak daripada perkara yang penting ini Biro Dakwah, Kerohanian dan Kepimpinan JPP 2012/2013 berhasrat mengadakan program seperti mana di atas.

Objektif program ini adalah :

- Memupuk kecintaan kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagai cinta yang utama dan teragung
- Membudayakan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W dalam kalangan pelatih guru setiap masa
- Menghidupkan suasana kerinduan dengan mengamalkan sunnah Rasulillah S.A.W dalam kalangan pelatih guru.
- Membantu pelatih guru meningkatkan motivasi dan keyakinan diri untuk mencapai kejayaan dalam bidang akadamik mahupun sosial dengan mengambil roh semangat perjuangan nabi.

      Program ini diadakan sebagai simbolik sambutan ulangtahun kelahiran Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W pada tahun ini. Kerinduan dan kecintaan kepada Rasulullah S.A.W seharusnya menjadi suatu pelengkap dalam hidup umat Islam khusunya bakal guru yang menyambung tugas Baginda menyampaikan dan mentarbiah umat Islam. Budaya selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W sepatutunya bergema di institusi berorientasikan Islam seperti di IPG Kampus Pendidikan Islam ini pada setiap masa. Menjadi murabbi seperti Rasulullah S.A.W seharusnya menjadi bekalan buat sang murabbi yang akan mendidik masyarakat serta bertindak mengeluarkan mereka daripada kebatilan kepada kebenaran yang hak.

JOM SAMA-SAMA BERIKAN SOKONGAN ANDA ^_^

Friday 10 February 2012

Nantikan Pemenang VIK MTEN

Alhamdulillah syukur kepada Allah Taala kerana masih mengizinkan kita semua terus menghirup udara milikNya. Semoga kita menjadi hambaNya yang bersyukur.

Pada 30 Januari yang lepas, Pertandingan VIK MTEN telahpun menutup penyertaannya dan alhamdulillah pada 8 Februari yang lepas para juri telah bermesyuarat untuk mencari pemenangnya. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan semua penyertaan memiliki kelebihan masing-masing. Antara kriteria penting adalah keaslian, kreativiti dan juga penyampaian mesej.

Namun adat pertandingan pasti ada yang menang dan kalah. Namun kami yakin, semua peserta memiliki niat yang lebih utama iaitu untuk menyebarkan dakwah melalui medium kreatif.

Insya Allah, keputusan pertandingan akan diumumkan dalam masa yang terdekat. Semua peserta akan mendapat sijil penyertaan.

Berikut adalah antara penyertaan yang diterima oleh pihak kami.

Roseminah Binti Hanafi
Nuraini Binti Hussin
Nur Adilah Binti Shubki
Siti Nur Ashikah binti Mehamad Saleh
Muhammad Akmal bin Jamaludin
Wan Nurul Aqilah binti Wan Mahyudin
Nurul Fatihah binti Arifin
Ruqaiyah Hani binti Firuz Dalili
Khairul Azmeer bin Asbi
Syahidatul Nurnaima binti Abd Karim
Nurul Eeffah binti Awang
Adhwa Arif Ataullah bin Nafree
Siti Aishah binti Hassan
Nurul Hidayah Abdul Latif Ummi
Nadirah binti Ahmad Shukri
Amir Hamizan
Amirul Faisal
Mohd Izzudin bin Othman
Mohd Hafizuddin bin Mhd Deris


p/s : Teruskan menyebarkan video-video ini dengan lebih meluas.