Followers

Tentang MTEN

Majlis tarbiyah nuqaba’ (MTEN)



Gagasan Majlis Tarbiyah Nuqaba’ (MTEN) yang diwujudkan sekitar 2005-2006 hasil kesedaran untuk memastikan kelangsungan biah Islamiyyah di bumi IPG KPI ini terus berkemudi walaupun ombak rintangannya terus menghentam bahtera ini. Berpaksikan al Qur’an dan as Sunnah, kami menyerahkan diri untuk menjadi penyambung rantai-rantai perjuangan junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Di bawah lembayung rahmat yang Esa, besarlah harapan kami supaya usaha yang sedikit ini dinilai oleh Allah Ta’ala.

Usrah
Secara khususnya, MTEN adalah sebuah badan utama yang berperanan dan bertanggungjawab mengendalikan aktiviti usrah di institut ini. Sebagai permulaan apabila menerima kehadiran ahli baru ke IPG KPI kami merencana Minggu Introduksi Usrah (MIS) 2010 memperkenalkan usrah secara holistiknya kepada setiap pelajar. Melalui minggu tersebut, pelatih guru akan diperkenalkan kepada sirah dan penghayatan kepada usrah. Seterusnya, usrah akan diadakan pada setiap minggu sama ada usrah sughra ataupun kubra. Bagi menanam kefahaman kepada para nuqaba’ pula, Liqa’ Nuqaba’ akan diadakan. Pelbagai program lain juga turut diatur dan dirancang tidak lain tidak bukan untuk menanam fikrah Islam ke dalam jiwa bakal murabbi.
Semoga roh dan jiwa usrah akan terpasak kukuh dalam diri setiap pelatih guru IPG KPI dalam usaha untuk menyemai tarbiyah ke dalam masyarakat suatu hari nanti.

Insha Allah
‘FIKRAH MEMBINA SAHSIAH MURABBI’
Majlis Tarbiyah Nuqaba'
2011/2012