Followers

Portfolio MTEN

HAK DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA
1.    Presiden
i.      Pemegang dasar dan perlembagaan Majlis Tarbiyah Nuqaba (MTEN).
ii.     Mempengerusikan mesyuarat Majlis Eksekutif dan Majlis Tertinggi.
iii.   Bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran gerakan dan kegiatan MTEN bagi mencapai tujuan yang termaktub dalam perlembagaan melalui kertas kerja dasar.
iv.    Mengambil apa-apa langkah yang perlu bagi menjamin perpaduan, persefahaman, dan  kesungguhan Ahli Jawatankuasa Majlis Tarbiyah Nuqaba (AJK MTEN).
v.     Menjalankan urusan dengan pentadbir IPG KPI dan pensyarah penasihat.

2.   Timbalan Presiden 1 (Usrah Pelajar)
i.      Menjalankan tugas-tugas presiden ketika ketiadaan atau arahan presiden.
ii.    Bertanggungjawab terhadap penerangan dan publisiti pihak MTEN.
iii.   Mengawal segala program yang berkaitan usrah.

3.   Timbalan Presiden 2 (Program Dakwah Dan Tarbiyah)
i.      Menjalankan tugas pengerusi bagi pihak muslimat MTEN.
ii.     Mengawal segala program yang berkaitan dengan pihak muslimat MTEN.
iii.   Mempengerusikan mesyuarat di antara exco-exco muslimat MTEN.
iv.    Mengambil apa-apa sahaja langkah untuk menjaga perpaduan, persefahaman, dan kesungguhan AJK muslimat khasnya.
v.     Menjalankan urusan dengan pentadbir IPG-KPI bagi pihak muslimat MTEN.

4.   Setiausaha Agong
i.      Menyelaras aktiviti-aktiviti lujnah dengan nasihat presiden.
ii.     Merancang taqwim tahunan MTEN.
iii.   Mengeluarkan surat panggilan mesyuarat atas arahan Presiden atau Penasihat.
iv.    Memanggil mesyuarat AJK MTEN bagi pihak muslimin.
v.     Menghadiri mesyuarat lujnah-lujnah dan pentadbiran bagi pihak presiden MTEN.
vi.    Bertanggungjawab melaporkan kepada Presiden segala tindakan dan aktiviti yang dijalankan.
vii.  Pemegang cop rasmi.
viii. Bertanggungjawab dalam penyusunan AJK lujnah.
ix.    Menyediakan penyata dan laporan tahunan MTEN bagi tujuan muktamar dan mesyuarat exco serta penasihat.
x.     Menyemak fail dan menerima laporan lujnah setiap bulan.

5.   Timbalan Setiausaha AGONG
i.      Menyelaras aktiviti-aktiviti lujnah dalam AJK Muslimat MTEN.
ii.     Merancang Taqwim tahunan Muslimat MTEN.
iii.   Memanggil mesyuarat AJK Muslimat MTEN.
iv.    Menghadiri mesyuarat lujnah-lujnah dalam HAWA bagi pihak Timbalan Presiden II.
v.     Bertanggungjawab melaporkan kepada Timbalan Presiden II segala tindakan dan aktiviti yang dijalankan oleh AJK Muslimat MTEN.
vi.    Bertanggungjawab dalam penyusunan AJK lujnah MTEN.
vii.  Menyediakan penyata dan laporan tahunan muslimat MTEN bagi laporan muktamar dan mesyuarat Exco.
viii. Menyemak fail dan menerima laporan lujnah setiap bulan.

6.   Bendahari Kehormat
i.      Menyediakan anggaran belanjawan tahunan.
ii.     Bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kewangan persatuan.
iii.   Bertanggungjawab menyediakan penyata kewangan tahunan untuk pemeriksaan audit.
iv.    Membentang penyata kewangan semasa Muktamar Sanawi.
v.     Menyediakan rancangan-rancangan untuk mengukuhkan kewangan dan bertanggungjawab   untuk melaksanakannya. 
vi.    Bertanggungjawab atas segala perbendaharaan MTEN.

7.   Timbalan Bendahari Kehormat
i.      Menyediakan anggaran belanjawan tahunan MTEN.
ii.     Bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kewangan muslimat MTEN.
iii.   Bertanggungjawab menyediakan penyata kewangan tahunan untuk pemeriksaan audit.
iv.    Membentang penyata kewangan semasa Muktamar Sanawi.
v.     Menyediakan rancangan-rancangan untuk mengukuhkan kewangan dan bertanggungjawab   untuk melaksanakannya.
vi.    Bertanggungjawab atas segala perbendaharaan muslimat MTEN.

8.   Lujnah Usrah Dan Disiplin
i.      Menyedia dan memantau semua program usrah bagi pelajar di IPG-KPI.
ii.     Menanam kefahaman Islam dan tasawurnya yang sebenar di kalangan pelajar.
iii.   Bekerjasama dengan Lujnah Tarbiyah Dan Kepimpinan untuk mengadakan Qiamullail.
iv.    Mengeratkan ukhuwah Islamiah yang berkekalan dalam kalangan pelajar.
v.     Menyusun kumpulan-kumpulan usrah muslimin dan muslimat.
vi.   Merancang dan mempelbagaikan aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk dijalankan dalam usrah/luar usrah .(kuiz, riadah bersama usrah, dll)
vii.  Menguruskan usrah mingguan dan liqa’ pelajar.
viii.Menyediakan bahan/risalah tambahan (isu semasa) untuk diberikan kepada naqib/naqibah.
ix.   Membuat pantauan dan laporan usrah secara mingguan/bulanan.
9.   Lujnah Tarbiyah Dan Kepimpinan
i.      Menyediakan thaqafah umum untuk pertarbiahan ahli MTEN.
ii.     Mengetuai dan menyelia perjalanan usrah dalam kalangan ahli MTEN (ITC).
iii.   Mengurus program yang berkaitan dengan kepimpinan kepada pimpinan dan ahli MTEN.
iv.    Bertanggungjawab menambah ahli ITC mengikut kriteria yang ditetapkan.

10. Lujnah Dakwah Dan Siasah
i.      Menjalankan aktiviti dakwah umum kepada ahli MTEN dan pelajar dengan kerjasama Biro Dakwah dan Kepimpinan JPP.
ii.     Mengadakan program kerohanian dan kefahaman Islam kepada ahli MTEN dan pelajar dari semasa ke semasa .
iii.   Bekerjasama dengan Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan serta Lajnah Informasi dan Penerbitan untuk mengurus hal ehwal dakwah di kampus.

11.  Lujnah Kebajikan Dan Ukhwah
i.      Memantau perkembangan dan permasalahan kebajikan dan akademik ahli MTEN.
ii.     Menyediakan tabung khas untuk kebajikan ahli MTEN yang ditimpa musibah dan bermasalah. 
iii.   Memastikan ukhuwah antara setiap ahli MTEN akan terjalin seeratnya.
iv.    Mewujudkan program-program yang boleh mengeratkan ukhuwah ahli MTEN dan badan-badan lain.
v.     Mewujudkan aset khusus untuk MTEN.

12.  Lujnah Informasi Dan Penerbitan
i.      Menerbitkan risalah dan sebarang pengumuman daripada MTEN.
ii.     Menerbitkan risalah Tinta Murabbi.
iii.   Bertanggungjwab terhadap sebarang penerbitan dan blog MTEN.
iv.    Menganjurkan pertandingan mengarang dan lain-lain.
v.     Bertanggunggjawab terhadap publisiti dan penerangan MTEN.

13.  Lujnah Penyelidikan Dan Pembangunan
i.      Membuat kajian dan penyelidikan terhadap seluruh program MTEN
ii.     Membentangkan hasil kajian serta menyediakan manual penambahbaikan serta cadangan untuk program seterusnya
iii.   Mengkaji isu yang relevan & terkini mengenai pentarbiyahan pelajar.
iv.    Membuat penilaian menyeluruh organisasi MTEN.
v.     Mengepalai program Penyelidikan dan Pembangunan.