Followers

Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Saturday, 14 January 2012

Rehlah ke Bukit Cerakah






Alhamdulillah, dengan izin Allah Taala, rehlah telah berjalan dengan jayanya pada 7 Januari yang lalu. Rehlah ini telah dirancang oleh Lujnah Ukhuwwah dan Kebajikan MTEN. Meskipun terdapat kekangan masa memandangkan lokasi rehlah yang agak jauh daripada kampus, namun rehlah ini merupakan suatu kenangan yang tidak dapat kami lupakan. Memulakan misi seawal jam 7 pagi dengan memasak untuk makanan tengahari di dapur masjid, kami kemudiannya bertolak ke Bukit Cerakah kira-kira jam 9 pagi. 

Di sana, Lujnah Ukhuwwah dan Kebajikan telah menyediakan beberapa modul ukhuwwah seperti ta'aruf dan sebagainya. Alhamdulillah, pelbagai input yang kami peroleh daripada modul yang dijalankan walaupun sesekali terpaksa berhadapan dengan ancaman beberapa ekor kera yang aktif di sana. Kami juga berkesempatan merasai dingin salji di Taman 4 musim.

Semoga rehlah ini mampu mengeratkan lagi ukhuwwah antara kita dan memacu semangat gerak kerja untuk tahun ini. Insya Allah.

Monday, 31 October 2011

Malam Sinar Mahabbah

Insya Allah

MALAM SINAR MAHABBAH 

Malam Penghargaan kepada Nuqaba' Semester 8
Rabu 2/11/11
Di Dataran Gerko

 Kami mengalu-alukan kehadiran
SEMUA NUQABA' DAN AHLI ITC IPG KPI

Thursday, 21 July 2011

Lawatan ke Pusat Pelupusan AL QUR'AN





Para peserta lawatan mendengar taklimat mengenai pelupusan Al Quran









Proses Pelupusan Al Quran



Para peserta mengasingkan Al Quran yang ingin dilupuskan

Mendengar taklimat mengenai proses pelupusan


Peserta mencuba sendiri mesin yang digunakan untuk proses pelupusan



Pelupusan ayat Al-Quran perlu ikut tertib



Pengerusinya, Rahmat Mahdan, berkata orang ramai dialu-alukan menghantar apa juga barangan mempunyai kalimah Allah, ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah yang hendak dilupuskan kepada Pusat Pengumpulan Percetakan Saufi.

Katanya, bahan terkumpul akan dilupus menggunakan mesin pembakar khas (insinerator) yang kini dibangunkan dan dijangka sampai ke Pusat Pengumpulan dan Pelupusan Ayat Al-Quran Percetakan Saufi di Batu 10 Cheras, Kajang, akhir bulan ini.

“Saya sedih melihat akhbar lama yang mengandungi ayat Al-Quran dibiarkan bersepah di pusat pengumpulan barang kitar semula. Ini mungkin disebabkan orang ramai tidak tahu bagaimana hendak melupuskan ayat Al-Quran.

“Ia mendorong saya memulakan usaha ini kerana mahu menjaga kesucian ayat Al-Quran. Saya tidak mahu wahyu Allah dibiarkan begitu saja hanya kerana pemilik tidak tahu apa hendak dilakukan dengan Al-Quran buruk di rumah mereka, hanya terselit di celah dinding,” katanya. 
Beliau yang ditemui di Pusat Pengumpulan dan Pelupusan Ayat Al-Quran Percetakan Saufi berkata, kerja kebajikan itu dimulakan akhir 2008 dengan bantuan keluarga. 

Melalui kesungguhan itu, katanya ayat al-Quran dalam pelbagai rupa dan bentuk dikumpul sebelum dibakar dan dikebumikan di tanah miliknya. Sambutan orang ramai menghantar pelbagai barangan bercetak ayat al-Quran memaksa beliau menggiatkan kerja kebajikan itu.

Ini termasuk membangunkan mesin pembakar khas untuk tujuan melupuskan barangan bercetak ayat Al-Quran mengikut prosedur dan syariat Islam iaitu secara pembakaran selaras keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-30 yang bersidang pada 22 Ogos 1992. Abu daripada barangan dibakar itu kemudian ditanam atau dihanyutkan ke laut.

Rahmat berkata, Percetakan Saufi adalah syarikat percetakan yang telah diberi lesen oleh Bahagian Kawalan Penerbitan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membekal, mengganti dan mengambil Al-Quran lama bukan Mushaf Uthmani bagi tujuan pelupusan.

Syarikatnya juga mendapat kebenaran Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran untuk membekal dan memulihara ayat suci di sekolah kebangsaan dan sekolah agama di seluruh negara. 

Selain itu katanya, Percetakan Saufi mengumpul dan melupuskan Al-Quran lama yang disalah cetak dan tidak mendapat kelulusan Lajnah Tashih Al-Quran KDN. 
Katanya, kebanyakan Al-Quran yang dicetak sebelum 1990 mengandungi perkataan yang salah dan jika dibaca oleh mereka yang kurang arif akan membawa maksud salah serta mendatangkan dosa.

“Sebagai insentif kepada orang ramai, Percetakan Saufi akan menggantikan Al-Quran baru untuk ditukarkan dengan al-Quran lama ini. Berikan kami dua Al-Quran lama dan kami ganti dengan satu Al-Quran Mushaf Resam Uthmani,” katanya.

Rahmat berkata, bagi menggalakkan umat Islam bersedekah melalui amalan wakaf, Percetakan Saufi menganjurkan program Skim Al-Quran Wakaf Malaysia bermula awal tahun lalu untuk diedarkan kepada pihak memerlukan.

Melalui skim wakaf itu, individu atau syarikat boleh menyumbangkan RM30 untuk naskah Al-Quran Mushaf Uthmani yang kemudian diedarkan ke masjid, surau, rumah anak yatim, rumah kebajikan, sekolah dan maahad tahfiz.

Sempena sambutan Maulidur Rasul pada 26 Februari lalu, Percetakan Saufi menyumbangkan 5,000 naskah Al-Quran kepada Kerajaan Melaka untuk diedarkan di masjid, surau dan sekolah agama di seluruh negeri itu. Mereka yang ingin menyertai Skim Al-Quran Wakaf Malaysia boleh menghubungi Percetakan Saufi: 03-26933049/03-26915184. 

Berita Harian

Tuesday, 21 June 2011

Bacaan MATHURAT setiap petang!

Bismillahirrahmanirrahim.

INSYA ALLAH PIHAK MTEN AKAN MENGADAKAN MAJLIS BACAAN ZIKIR AL MATHURAT SETIAP ISNIN HINGGA KHAMIS SELEPAS SOLAT ASAR.



Sebagai pendokong usaha menegakkan Islam sebagai deen yang memerintah, kita tidak boleh melupakan tanggungjawab untuk berzikir mengingati Allah SWT sebanyak-banyaknya. Antara kesilapan pendokong gerakan Islam ialah terlalu sibuk dengan urusan sesama manusia dan mad’u, sehingga terabai kualiti hubungan dengan Allah. Tidak pula dinafikan yang kesibukan berdakwah sesama manusia juga adalah sebahagian daripada zikrullah, akan tetapi nilailah sejauh mana kita memperuntukkan masa dan fokus diri untuk berkhalwat, bersendirian bersama Allah SWT.