Followers

Tuesday 24 January 2012

< VIK MTEN > Pertandingan Video Islami Kreatif







SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

1. Pertandingan video ini terbuka kepada pelajar sepenuh masa PPISMP/PISMP/KPLI IPG Kampus Pendidikan Islam secara individu atau kumpulan atau usrah.

2. Panjang klip video hendaklah TIDAK melebihi lima minit. Video anda mestilah asli tanpa menciplak hasil karya orang lain yang sedia ada.

3. Setiap klip video yang dihasilkan DILARANG sama sekali untuk memuatkan perkara-perkara yang sensitif

4. Klip video anda boleh jadi dalam bentuk animasi, filem pendek, dokumentari atau apa-apa sahaja mengikut kreativiti dengan menggunakan sebarang perisian yang sesuai.

5. Setiap video yang dihantar mestilah diberi tajuk : “Pertandingan VIK-MTEN  ’12: [Nama Klip Video Anda]”.

6. Setiap video penyertaan akan menjadi hak milik MTEN untuk tujuan dakwah.

7.Klip-klip video anda juga akan digunakan secara meluas dan berhak digunakan oleh sesiapa sahaja untuk tujuan dakwah dan tarbiyah.

8.Penyertaan akan dihakimi berdasarkan kreativiti, keaslian, unsur-unsur islamik yang memberi kesan kepada penonton dan hakim.

9.Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Januari 2012.

10. Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.

HADIAH DAN PENGHARGAAN

1. Semua peserta akan menerima sijil penyertaan daripada pihak penganjur.

2. Pemenang pertama akan menerima wang tunai sebanyak RM150.00, pemenang kedua RM100.00 dan ketiga RM50.00.

CARA MENGHANTAR PENYERTAAN

1. Upload video anda ke dalam YouTube dan hantarkan link kepada kami
2. Hubungi nombor-nombor di bawah untuk menghantar secara soft copy

PERTANYAAN HUBUNGI :

017-3908520 (L)
014-5072654 (P)


Disediakan oleh : Lujnah Publisiti dan Penerbitan MTEN

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Muhamad Akmal bin Jamaludin
    PISMP 3.05
    Tajuk: Bersyukurlah
    http://www.youtube.com/watch?v=Q_czFbJiZTY

    ReplyDelete