Followers
Wednesday, 26 September 2012
Thursday, 9 August 2012
Dakwah Lapangan MTEN
Dakwah Lapangan MTEN
(30 julai
2012, Isnin)
Alhamdulillah,
pada 30 Julai 2012, isnin, Lujnah Dakwah dan Siasah, Majlis Tarbiyah Nuqaba’
(MTEN) telah menjalankan satu aktiviti dakwah lapangan. Aktiviti tersebut
dijalankan di kawasan pintu pagar menuju ke bazar iaitu berhampiran dengan
pondok keselamatan. Pada hari tersebut, rissalah mengenai "Isu Ikhtilat: Caknakah kita?" telah
diedarkan kepada para pelajar IPG Kampus Pendidikan Islam. Air dan kurma percuma juga turut diberikan kepada pelatih guru ipg
KPI bermula jam 6.30 petang .
Aktiviti tersebut
diadakan sebagai salah satu wasilah untuk menyebarkan dakwah kepada seluruh warga kampus disamping mewujudkan hubungan yang baik dan mesra antara pihak MTEN dengan
warga IPG KPI. Selain itu, melalui risalah yang diedarkan diharap para pelatih
guru jelas mengenai ikhtilat serta akibatnya dan berusaha untuk
menghindarinya. Pada masa yang sama , aktiviti
ini juga sebagai satu medan latihan kepada ahli MTEN untuk melibatkan diri dengan masyarakat dalam
menjalankan usaha dakwah sebelum terlibat secara langsung dengan masyarakat
pada masa hadapan. Semoga usaha ini memberi natijah yang baik kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
![]() |
| AIR & KURMA |
![]() |
| SEBAHAGIAN PELAJAR MUSLIMIN |
![]() |
| RISALAH "ISU IKHTILAT: CAKNAKAH KITA? " |
![]() |
| PELAJAR MUSLIMAT |
|
Sekitar Dakwah
Lapangan MTEN (30 julai 2012, Isnin)
|
Monday, 9 July 2012
DOA RABITAH (UNIC)
Minggu Introduksi
Usrah MTEN
Ya Allah
Engkau Mengetahui Hati Hati Ini
Telah
Berkumpul Kerana Kasihkan Mu
Bertemu
Dan Patuh Pada Mu
Bersatu
Memikul Dakwahmu
Hati Hati
Ini Telah Berjanji Setia
Mendaulah
Dan Menyokong Syariatmu
Maka
Eratkanlah Akan Ikatannya
Kekalkan
Kemesraan Hati Ini
Tunjukkan
ia Jalan Yang Sebenar
Limpahkan
Dengan Cahaya Rabbani Mu
Yang Tak
Pernah Padam
Dan
Lapangkan Dengan Iman
Tuesday, 3 July 2012
Pimpinan Baru MTEN 2012/2013
Jawatankuasa Induk
PENAUNG I
Tuan Haji Osman bin Hussain
(Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam)
PENAUNG II
Dr. Hj. Mohamad Hussin bin Mohamad Yusof
(Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar)
PENSYARAH PENASIHAT
Ustaz Mohd Fauzi bin Yahya
(Jabatan Bahasa Arab)
Ustazah Aisyah binti Juri
(Jabatan al-Quran dan as-Sunnah)
Jawatankuasa Kerja
PRESIDEN
Muhammad Izzul Islam bin Hasni
TIMBALAN PRESIDEN I
Muhammad Hafizuddin bin Ramlee
TIMBALAN PRESIDEN II
Nurul Bazzliena binti Salleh
SETIAUSAHA AGUNG
Muhammad Syamsul Anuar bin Othman
TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG
Nur A’isyah Humaira binti Ismail
BENDAHARI KEHORMAT
Mohd Yusuf bin Mohd Jafar
TIMBALAN BENDAHARI KEHORMAT
Nurul Shiqah binti Zanal Bidin
LUJNAH TARBIYAH DAN KEPIMPINAN
Abdul Rahman bin Abdul Aziz
Mohd Azrie bin Abdul Rahim
Afifa Rawida binti Ideris
LUJNAH USRAH DAN DISIPLIN
Mohd Izzudeen bin Othman
Mohd Syahmi bin Zamri
Siti Maisarah binti Md Yusof
LUJNAH DAKWAH DAN SIASAH
Muhammad A’rif bin Bahari
Nor Hafiza binti Mohammad
LUJNAH KEBAJIKAN, UKHWAH DAN PERHUBUNGAN
Amrullah bin Abdul Rauf
Nur Atikah binti Awang
LUJNAH INFORMASI DAN PENERBITAN
Mohamad Arifuddin bin Deraman
Siti Nurhidayah binti Zaidy
LUJNAH PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
Muhammad Mursyid bin M Noor
Wahida Amalin binti Yusoff
KEPIMPINAN ITU ADALAH SUATU AMANAH
Satu contoh terbaik ialah dengan melihat sifat kepimpinan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad, Terdapat sebuah kisah yang diceritakan oleh Anas bin Malik. beliau berkata,
“Ada beberapa orang memanggil Nabi Muhammad sambil berkata,“Wahai Rasulullah, wahai orang yang terbaik dan anak orang yang terbaik di antara kami, wahai junjungan kami dan anak dari junjungan kami.”Mendengar puji-pujian tersebut, lantas Nabi Muhammad menyanggah dan menjawab, “Wahai sekalian manusia, katakanlah sewajarnya saja! Jangan sampai kamu digelincirkan syaitan. Aku adalah Muhammad hamba Allah dan rasul-Nya. Aku tidak sudi kamu angkat di atas kedudukan
yang dianugerahkan Allah Subhannahu wa Ta’ala kepadaku.” (Hadis Riwayat. An-Nasai)
Kalau kita renung lebih mendalam, keberatan para Sahabat dahulu untuk menjadi pemimpin, disebabkan kerana mereka mengetahui akibat dan risiko menjadi pemimpin. Mereka mendengar hadits-hadits Nabi saw tentang tanggungjawab pemimpin di dunia dan di akhirat.
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan diminta pertanggungjawabannya. Imam (kepala negara) adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawabannya atas kepimpinannya...".
Dalam hadits yang lain Nabi Muhammad saw meramalkan suasana hiruk pikuk di akhir zaman berkenaan soal kekuasaan dan menjelaskan hakikat dari kekuasaan itu. Baginda bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra
Kamu akan berebut untuk mendapatkan kekuasaan. Padahal kekuasaan itu adalah penyesalan di hari Kiamat, nikmat di awal dan pahit di hujung”.HR Imam Bukhari
Subscribe to:
Posts (Atom)








