Followers

Wednesday 29 June 2011

IBRAH 3P : Aku Seorang Guru





IBRAH daripada 3P

P : Paradigma
P : Pengisian
P : Pendekatan

Jadilah MURABBI bukan hanya MUALLIM
Sebagai seorang guru jangan hanya ‘transfer’ ilmu semata-mata sebaliknya jadilah seorang guru yang mampu membentuk ‘attitude’ pelajar itu sendiri. Atau dalam erti kata yang lain jadilah MURABBI jangan sekadar menjadi MUALLIM
.
Jangan ada persepsi negatif
Perkara pertama yang perlu diambil perhatian dalam proses mendidik adalah jangan ada persepsi buruk terhadap orang yang ingin dididik. Kerana persepsi buruk merupakan penghijab yang menghalang proses mendidik. Pastikan kita melakukan 3 perkara di bawah dalam usaha mencari kepercayaan mad’u.

1.       Senyum
2.      Sentuh
3.      Suapan pertama

Jadilah Pendidik yang memahami dan kreatif
Murid-murid ingin didengari kerana mungkin sejak kecil mereka hanya menjadi pendengar. Langkah awal pendidik adalah untuk memastikan timbul rasa percaya dan senang mereka kepada dakwah yang cuba disampaikan. Dalam usaha ini, pendidik perlulah mahir mempelbagaikan pendekatan untuk menarik minat orang yang dididik. Dakwah perlu kreatif dan jangan terhad kepada kaedah tertentu sahaja. Sebagai contoh, halaqah usrah merupakan halaqah untuk menyampaikan ilmu dan teori. Sebaliknya, pendekatan sebenar untuk mendekati mereka adalah sebaik sahaja selesai usrah. Adakah kita pernah makan-makan bersama mereka? Adakah kita pernah bermain bola bersama mereka? Adakah kita pernah bermusafir bersama mereka?. Kerana karakter seseorang sewaktu di dalam dan luar usrah adalah berbeza. Setiap pelajar mempunyai titik kelemahan masing-masing yang perlu disedari oleh pendidik.

Bekerjalah sebagai guru dengan niat mendidik sahsiah dan attitude murid-murid. Terutama bagi guru pendidikan Islam, kita tiada kepentingan dalam UPSR. Jika guru pendidikan Islam tiada kesedaran yang jitu mengenai tanggungjawab yang perlu dipikul, maka pada siapa lagi harus disandarkan harapan mengubah ummat Islam, pewaris perjuangan pada masa hadapan.

“Hati yang mati tidak akan dapat menghidupkan hati-hati lain yang mati”

“Hate the sin, not the sinner”

Majlis Tarbiyah Nuqaba’ MTEN
28 / 6 / 2011

No comments:

Post a Comment